Surprise Me!

Tuntutan Waris Sulu | ‘Final Award’ Dr Stampa tidak sentuh ambil Sabah

2022-09-21 0 Dailymotion

‘Final Award’ yang dikeluarkan Dr Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 tidak menyentuh isu pengambilan wilayah negeri Sabah atau kedaulatan negeri itu oleh pihak yang mendakwa waris kesultanan Sulu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, isu itu antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat pertama pasukan khas bagi menangani isu tuntutan waris kesultanan Sulu yang diadakan semalam.